Berita

Musa Hitam dilantik Menteri Darjah yang baharu

- Diterbit 25 September 2024 4:25 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk melantik Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September lalu sehingga 12 September 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Status Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

“Ia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas