Berita

Musa Aman dilantik TYT Sabah ke-11

- Diterbit 17 Disember 2024 1:47 PM MYT

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu dalam satu istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur pagi ini.

Musa, 73, menerima pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong dalam majlis istiadat pengurniaan surat cara pelantikan di Istana Negara yang dijangka berlangsung pada jam 10 pagi ini.

Beliau menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2024 yang merupakan TYT paling lama berkhidmat bermula pada 1 Januari 2011.

Bekas Ketua Menteri paling lama berkhidmat dari 2003 hingga 2018 dilahirkan pada 30 Mac 1951 merupakan abang kepada Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Senator Tan Sri Anifah Aman.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas