Berita

MoU CIDBH, I-Entry lahir sistem secara bersepadu

- Diterbit 15 Oktober 2024 1:20 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDBH dan I-ENTRY menandakan kerjasama dalam bidang pendaftaran pekerja asing dan pemantauan kebajikan pekerja asing.

Menurut Zaliha, MoU itu juga berkaitan mengurus dan mentadbir penginapan pekerja asing di Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sistem CIDBH – I Entry.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Kerjasama itu juga dilakukan dalam memastikan usaha-usaha pendataaan pekerja asing dipantau dan dilapor dengan tepat kepada kerajaan.

“Sistem CIDBH-iEntry dan Pendataan Pekerja Asing diperkenalkan bagi memastikan pekerja asing berkemahiran yang diiktiraf (SKKP) oleh CIDB mendapat hak kebajikan, keselamatan serta pemantauan berterusan.

“Melalui pelaksanaan sistem ini, ia dapat menangani isu-isu seperti pekerja asing yang akan tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) over-stay.

“Ini juga memantau rekod kesihatan dan isu sosial, selain membantu majikan dalam penyediaan tempat tinggal pekerja asing, di samping memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja asing dipantau dengan lebih efisien,” katanya di Facebook.

Zaliha turut melawat Penginapan Berpusat Pekerja Asing untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas