Berita

MOTAC batal lesen Layang-Layang Island Resort

- Diterbit 8 Januari 2025 2:34 PM MYT

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025.

Perkara tersebut diumumkan MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], MOTAC telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd [199101018586 (228897-D)] (“Syarikat”) dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.

“Langkah ini bagi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas