Berita

MOSTI tawar geran berjumlah RM50,000

- Diterbit 8 Januari 2025 9:30 PM MYT

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) membuka permohonan kepada saintis Malaysia bagi memohon Geran Penyelidikan Perubatan Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) 2025.

MOSTI dalam kenyataan berkata, penyelidik tempatan berusia 40 tahun dan ke bawah dalam bidang perubatan dan bioperubatan dialu-alukan untuk memohon geran berprestij tersebut.

“Ia menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi menyokong inisiatif penyelidikan inovatif. Bagi tahun 2025, seorang penyelidik akan dipilih untuk menerima geran ini melalui proses penilaian yang akan dijalankan oleh MOSTI dan ASM.

“MOSTI terus komited dalam memupuk penyelidikan yang mampu memberikan
impak besar seterusnya memacu penciptaan nilai dan pembangunan mampan,
dengan berfokuskan kepada bidang perubatan dan penjagaan kesihatan,” ujarnya permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2025.

Tambahnya inisiatif seperti Geran Penyelidikan Perubatan RBS adalah usaha penting dalam menyokong pembangunan R&D perubatan negara dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Terdahulu, Geran Penyelidikan Perubatan Ranjeet Bhagwan Singh dianugerahkan setiap tahun bagi memperingati legasi mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh, seorang perintis dalam penyelidikan perubatan.

Sejak tahun 1997, Geran Penyelidikan Perubatan RBS telah menyokong lebih
daripada 28 projek penyelidikan dan 11 bengkel teknikal berjumlah lebih
RM860,000. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas