Berita

Mohamad Sabu wakili negara hadiri pengkebumian Presiden Iran – PM

- Diterbit 22 Mei 2024 12:09 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa akan menghantar Menteri Kanan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ke Iran bagi mewakili negara untuk menghadiri majlis pengkebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam trgedi helikopter terhempas 19 Mei lalu.

Dalam hantaran di laman Facebook, Anwar ketika menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber untuk merakamkan ucapan takziah di atas pemergian almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian yang maut dalam nahas helikopter.

Kata Anwar, beliau sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian pada tahun lepas di New York dan Riyadh.

“Saya telah memberi jaminan kepada Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepemimpinan almarhum Presiden sebelum ini,” katanya.

Tambah Anwar, Mokhber turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah dan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.

“Beliau turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran.

“Di akhir perbualan, beliau memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia akan tetap dipelihara lantas diperkukuh,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas