Berita

MITI raih potensi nilai pelaburan RM32.8 bilion sempena program ekonomi

- Diterbit 9 Disember 2024 2:53 PM MYT

PROGRAM ekonomi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) berjaya meraih potensi nilai pelaburan sebanyak RM32.8 bilion daripada syarikat-syarikat terkemuka Republik Korea.

MITI memberitahu ia merangkumi sektor-sektor kimia, automotif termasuk kenderaan elektrik (EV), logam untuk aplikasi EV, biofarmaseutikal, serta teknologi hijau seperti teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (Carbon Capture and Storage – CCS) dan hidrogen/ammonia hijau.

“Ia akan dilaksanakan oleh pelaburpelabur dari Republik Korea di Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

MITI menjawab pertanyaan Datuk Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) meminta MITI menyatakan hasil lawatan ke Korea Selatan antaranya nilai pelaburan dan sektor industri yang akan dilaksanakan oleh pelabur-pelabur dari negara berkenanan serta nilai perdagangan khususnya eksport Malaysia ke Korea Selatan.

Ujarnya Malaysia juga telah berjaya mendapatkan komitmen potensi nilai eksport ke Republik Korea sebanyak RM1.3 bilion bagi minyak sawit, bahan bakar bio, produk makanan serta bahan kegunaan industri francais (seperti sarung tangan industri).

“Hasil nilai pelaburan serta nilai perdagangan yang membanggakan ini mencerminkan keyakinan pelabur dan pengimport Republik Korea terhadap landskap ekonomi Malaysia, sekali gus
memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang dan destinasi pelaburan yang dipercayai oleh Republik Korea,” tulisnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memenuhi jemputan Presiden Republik Korea, TYT Yoon Suk Yeol pada 24 hingga 26 November 2024 – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas