Berita

MISI anjur kelas jahitan percuma bantu tingkat kemahiran wanita India

- Diterbit 14 Disember 2024 1:55 PM MYT

SERAMAI 25 perserta kaum India berjaya menamatkan kursus jahitan anjuran Malaysian Indian Skills Initiative (MISI) selama lima hari.

Kursus bermula sejak Isnin lalu diadakan di Geomatika University College, Setiawangsa.

Penganjur, Anetha Vallaitham Pillai, berkata program berkenaan bertujuan untuk membuka peluang kepada wanita kaum India dari golongan B40 untuk mempertingkatkam skil, yang dapat dimanfaatkan pada kemudian hari.

“Kursus jahitan selama lima hari ini diberikan secara percuma untuk wanita kaum India yang terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal dan remaja yang berminat untuk mempelajari skil menjahit.

“Sepanjang kursus itu mereka diajar menjahit cadar dan sarung bantal. Selain itu mereka turut diajat cara pemasaran melalui sosial media serta turut diajar menggunakqn aplikasi suntingan video.

“Selaras dengan hasrat kerajaan yang sedang giat menggerakkan usaha ke arah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kami tidak mahu masyarakat India ketinggalan,” katanya yng ditemui di Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil, hari ini.

Anetha berkata, kursus berkenaan juga diharap dapat memangkin semangat peserta untuk menjadikan bidang jahitan sebagai punca pendapatan mereka.

“Ini adalah permulaan diharap selepas ini mereka dapat jadikan bidang jahitan sebagai punca pendapatan.

“Mereka hanya didedahkan mengenai asas jahitan saja tetapi kami berharap peserta mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi skil mereka dengan menyertai kelas lain supaya dapat mantapkan lagi kebolehan mereka.

“Ini kerana ada di antara mereka yang menyertai kursus ini tiada asas langsung dalam jahitan.

“Tapi setelah menyertai kelas selama lima hari, mereka sudah boleh menggunakan mesin jahit dan berjaya menyiapkan cadar dan sarung bantal,”katanya.

Ke semua 25 peserta mendapat bimbingan daripada tiga tenaga pengajar sepanjang kursus berkenaan.-WILAYAHKu

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas