Berita

Misha Omar Back To Basic Showcase apresiasi dua dekad buat peminat

- Diterbit 16 November 2024 3:25 AM MYT

Misha Omar Back To Basic Showcase apresiasi dua dekad buat peminatTIGA tahu tidak mengadakan konsert solo, Misha Omar akan kembali menghiburkan peminatnya menerusi Misha Omar Back To Basic Showcase pada 21 Disember depan bertempat di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya.

Menurut penyanyi kelahiran Kelantan itu, ia bukanlah persembahan berskala besar kerana diadakan sebagai sebuah apresiasi buat peminat yang tetap setia mendukung kareiernya selama dua dekad.

“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad dalam industri dan masih mampu kekal relevan, tipulah jika saya katakan tidak mempunya impian utnuk mengadakan konsert besar-besaran.

“Saya memilih showcase untuk memulakan satu langkah kecil sebelum mencatat sejarah lebih besar. Persembahan ini juga saya adakan khas untuk peminat yang sentiasa bertanya bila saya ingin mengadakan showcase.

“Siapa tahu bermula dengan persembahan yang berskala kecil, menjadi ‘pintu’ menuju konsert mega pada masa akan datang, katanya”

Berkongsi lanjut mengenai konsep showcase anjuran Double M Productions itu, Misha akan menghiburkan peminat selama 90 minit dengan iringin pemuzik hebat.

Datuk Syafinaz Selamat bertindak selaku pengarah vokal, manakala Ayop Azril pula dipilih sebagai pengarah muzik bersama sembilan pemuzik di bawah pimpinannya.

Jennifer Thompson bertindak sebagai pengarah konsert sementara Simon Khoo menggalas tugas pengarah teknikal.

“Alasan di sebalik pemilihan nama Misha Omar Back To Basic Showcase mempunyai signifikan tersendiri dengan konsep persembahan malam itu. Ia seperti pulang kepada asas.

“Saya akan membawa peminat pulang ke saat seorang Misha Omar barumencetak nama sebagai penyanyi selepas pertama kali mengikat kontrak bersama syarikat rakaman besar pada tahun 2002.

“Bagaimana saya sangat menghargai momen menyanyi di pentas kecil seperti Planet Hollywood dan menyanyikan lagu milik penghibur lain yang memberi saya kepercayaan dan inspirasi untuk terus berkarya.

“Selebihnya saya senang merahsiakannya dahulu tetapi yang pasti kejutan luar biasa sudah saya siapkan buat peminat yang hadir,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas