Biz

Minyak zaitun dara EVOO galak pemakanan sunah

- Diterbit 19 Februari 2024 3:40 PM MYT

KEHEBATAN khasiat minyak zaitun dara sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Malah banyak kajian membuktikan makanan sunnah tersebut yang diambil secara konsisten dalam diet harian memberi kesan positif terhadap kesihatan.

Rentetan daripada itu, terdapat banyak lambakan produk tersebut di pasaran sehingga sukar untuk menilai mana yang tulen atau palsu. Paling membimbangkan ia dikhuatiri memberi kesan buruk kepada tubuh badan

Faktor tersebut mendorong Minyak Zaitun Dara, Extra Virgin Olive Oil (EVOO) untuk membuktikan kepada pengguna bahawa produk yang dikeluarkan oleh mereka tulen berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan.

Menurut Pengarah Urusan Olive Jardin Marketing, Muhd Shakir As-Salam Ya, cabaran besar yang dihadapi adalah sebilangan besar pengguna tidak tahu menilai mana yang tulen atau tidak.

“Kesedaran pengguna dalam membezakan kualiti dan menilai perbezaan kelas minyak zaitun dara masih jauh kebelakang. Hanya mereka yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun dara (EVOO) secara konsisten dalam diet harian faham akan kesan positifnya terhadap kesihatan.

“Saya berharap, rakyat di negara ini dapat merasai dan memahami rasa EVOO berkualiti yang saya rasai sewaktu menuntut di Morocco. Disebabkan itu, kita menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui dokumen perjanjian persefahaman (MoU) untuk menjalankan kajian selama sembilan bulan bermula 1 Januari 2024.

“Ia bagi membuktikan keberkesanan minyak zaitun tuaian muda berhadapan pengurusan penyakit metabolik,” ujar beliau hasil kajian akan diterbitkan di dalam jurnal dan dikongsi dengan semua pihak yang berkenaan.

Tambahnya, Olive Jardin sentiasa berusaha menyediakan maklumat tepat bersandarkan data saintifik bagi memastikan pengguna mendapat maklumat selari dengan dapatan kajian terkini.

“Kami memiliki Jabatan Kajian dan Pembangunan (R&D) diketuai Dr Suhana Samad selaku ahli oleokimia yang sentiasa menjalankan kajian di dalam pemilihan, perincian dan produk yang kami pasarkan.

“Cuma apabila menyebut pembuktian saintifik, ia memerlukan fasiliti dan kolaborasi dari institusi seperti Fakulti Perubatan UniSZA terutama kajian klinikal.

“Maka menerusi kerjasama ini, kami saling menyumbang kepakaran dan sumber demi merealisasikan usaha ujian klinikal ini. Apa yang lebih menarik, ia merupakan kajian klinikal pertama di Malaysia yang dilakukan bersama universiti awam negara kita terhadap minyak zaitun dara tuaian muda.

“Ini adalah usaha kami untuk mendidik masyarakat. Semoga usaha kecil ini mampu menggalakkan amalan makanan sunnah dalam masyarakat Malaysia,” katanya lagi.

Sehingga kini, hanya Zouitina Prestige yang memaparkan sijil analisis makmal di setiap kotak atau botol minyak zaitun bagi memudahkan pengguna mendapat kepastian status extra virgin,” ujar beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas