Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selebriti

Mengajar diri tidak terlalu berkira

- Diterbit 21 Jun 2024 5:10 PM MYT

PENYANYI yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli menganggap ibadah korban membawa maksud yang amat besar bagi dirinya.

Selain mengabdikan diri kepada Allah, ibadah korban mengajarnya erti kehidupan yang sebenar.

“Ia mendidik untuk tidak sombong dan hanya memikirkan kepentingan diri tanpa mempedulikan orang di sekeliling yang mungkin memerlukan perhatian atau bantuan.

“Jika dipandang dari sudut kemasyarakatan hari ini, ia menggambarkan bagaimana seseorang individu berusaha mengorbankan harta atau wang ringgit hasil dari titik peluh mereka untuk melakukan ibadah korban setiap tahun di samping komitmen lain yang perlu dipikul.

“Situasi ini sudah tentunya mengajar kita agar tidak berkira-kira terutamanya dalam melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Haqiem juga berharap masyarakat tidak terlalu membanding-bandingkan siapa melakukan korban lebih mahal atau sebaliknya.

“Tidak timbul soal siapa bayar mahal atau murah, kerana bukan itu yang kita tekankan. Soal harga itu bergantung kemampuan masing-masing. Apa yang penting, ikhlas kerana Allah.

“Bagi saya dalam hal ini mesej pengorbanan itulah yang perlu kita serap dan amalkan dalam kehidupan. Jika direnung betul-betul, betapa indahnya pengorbanan ini kerana ia menjadikan masyarakat lebih sejahtera dan harmoni,” tambahnya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas