Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lensa

Mendalami erti pengorbanan

- Diterbit 21 Jun 2024 11:40 AM MYT

Oleh SYUQQREE DAIN

SAMBUTAN Aidiladha baru-baru ini disambut seluruh umat Islam dengan penuh kesyukuran. Masyarakat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan sejurus itu bersiap sedia melaksanakan ibadah korban.

Aidiladha merupakan hari kebesaran umat Islam dan disunatkan untuk melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta anaknya Nabi Ismail AS.

Kemeriahan itu turut diraikan kumpulan komuniti ukhuwah dari Pulau Meranti yang dikenali sebagai Camel Crew dengan mencipta kelainan di kawasan mereka melalui program Misi – Lembu Sado 2024 di mana seekor lembu sado disumbangkan kepada Masjid Meranti, Puchong untuk disembelih dan disedekahkan.

Lembu jantan baka Limousine seberat lebih satu tan dengan harga mencecah lebih RM21,000 itu disedekahkan untuk dimasak dan diagihkan kepada kariah masjid serta penduduk setempat.

Terdahulu, kali terakhir program tersebut dijalankan pada tahun 2019 menyaksikan Camel Crew menyumbangkan seekor unta. – WILAYAHKU

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas