MENARA Kuala Lumpur (Menara KL) menyalakan cahaya hijau bermula semalam sebagai menandakan permulaan waktu solat Maghrib dan Isyak di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di facebook, Menara KL berkata inisiatif spontan ini diilhamkan oleh pelancaran azan bersama Media Prima yang berlangsung pada Rabu.
“Ia adalah cara kami memupuk nilai masyarakat dan mempromosikan kebersamaan,” katanya.
Menara KL berkata pihaknya telah bersiap sedia untuk menganjurkan program yang lebih bermakna tahun ini bagi menyambut hari kebesaran Islam.
“Antara program adalah seperti melihat anak bulan Ramadan, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk, dan sesi Iftar bersama kumpulan kurang berkemampua,” katanya – WILAYAHKU