Artikel

Menanti presiden wanita

Foto: Getty Images
- Diterbit 19 November 2024 1:32 PM MYT

MINGGU ini kawan-kawan Kedai Kopi ingin merentas sempadan dengan menyentuh sedikit isu antarabangsa berkenaan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 yang menampilkan calon Demokrat‚ Naib Presiden Kamala Harris bersaing dengan mantan Presiden‚ Donald Trump yang mewakili Republikan.

Trump berjaya menewaskan Kamala untuk kembali ke Rumah Putih buat kali kedua selaku Presiden Amerika ke-47. Beliau pertama kali menduduki kerusi presiden setelah menang pilihan raya tahun 2016 menewaskan Hillary Clinton. Pada pilihan raya 2020‚ beliau tewas kepada Joe Biden yang akan tamat tempoh pada Januari 2025.

Kawan-kawan Kedai Kopi sendiri bersama-sama teman berbual mengenai perkara tersebut. Rakan-rakan tidak menduga Kamala tewas dan Trump kembali ke Rumah Putih. Ini kerana rakyat Amerika sudah menolak Trump pada tahun 2020.

Persaingan Kamala dan Trump memang sengit. Kerana itu dalam keghairahan rakan-rakan cuba menjadi penganalisis politik‚ kawan-kawan Kedai Kopi juga terfikir kenapa pengundi tidak memilih calon baharu berbanding Trump yang merupakan calon kitar semula?

Yang terlintas di minda kawan-kawan Kedai Kopi ialah kemungkinan pengundi masih belum bersedia menerima seorang wanita jadi Presiden Amerika. Seolah-olah mereka tidak yakin seorang wanita mampu memimpin sebuah negara kuasa besar dunia.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas