Berita

Memori RaYakult tawar hadiah utama jongkong emas

- Diterbit 27 Mac 2025 9:45 AM MYT

YAKULT Malaysia Sdn Bhd (Yakult) memulakan Ramadan dengan melancarkan siri ganjaran untuk pengguna setia.

Kempen Beli & Menang kini kembali dengan tema ‘Memori RaYakult’ yang akan berlangsung sepanjang bulan puasa, bermula dari 22 Februari sehingga 30 Mac ini.

Menurut Yakult, selain memeriahkan sambutan Ramadan, Yakult Malaysia meneruskan misinya untuk membawa kebahagiaan kepada orang ramai melalui kebaikan Shirota strain dalam minuman probiotik Yakult.

“Pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya 20 botol produk Yakult dalam satu resit boleh menebus satu set sampul raya eksklusif daripada promoter Yakult, Wanita Yakult atau melalui laman web rasmi Yakult Malaysia.

“Bagi menambah kemeriahan kempen Ramadan ini, pelanggan yang menerima sampul raya berpeluang menyertai cabutan bertuah mingguan untuk memenangi hadiah menarik,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Yakult, sepanjang tempoh kempen, 85 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah Touch ‘n Go e-wallet bernilai RM50, RM100 atau RM200 setiap minggu.

Selain itu katanya, terdapat lima pemenang yang akan membawa pulang hadiah utama iaitu jongkong emas edisi khas 999.9 seberat lima gram.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi Yakult Malaysia www.yakult.com.my.

Sementara itu Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, Yakult Malaysia ingin menyampaikan salam Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

“Selamat menyambut Ramadan yang diberkati dan penuh kegembiraan. Kami berdoa agar anda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang berterusan terhadap produk Yakult selama ini.

“Kami berharap anda akan terus menikmati Yakult setiap hari untuk menguatkan fungsi usus anda,” katanya.

Minuman probiotik Yakult membantu meningkatkan fungsi usus, di mana 80 peratus daripada sistem imun manusia terletak.

Setiap botol mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria hidup Shirota strain.

Minuman probiotik Yakult dinikmati oleh 40 juta orang setiap hari di 40 negara dan wilayah di seluruh dunia serta terbukti secara saintifik membantu kesihatan usus.

Manfaat probiotik termasuk Shirota strain telah diiktiraf dalam akta dan peraturan makanan Malaysia dan minuman Yakult diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas