Berita

MCW sifatkan kenaikan skor CPI 2023 tunjuk usaha positif perangi rasuah

- Diterbit 30 Januari 2024 8:55 PM MYT

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan kenaikan skor Malaysia dalam CPI 2023 menunjukkan usaha positif yang diambil Malaysia untuk menangani isu rasuah.

Katanya, peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam mendakwa bekas pemimpin politik turut memberi impak positif.

Walau bagaimanapun tulis kenyataan itu, terdapat isu-isu berkaitan persepsi rasuah yang masih belum selesai, termasuk keputusan proses undang-undang yang berkaitan dengan pemimpin politik.

“Rancangan jangka panjang dan kerjasama diperlukan untuk mencapai sasaran meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI,” katanya.

Tambah kenyataan itu, semoga usaha berterusan untuk memperbaiki integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara akan memberikan hasil yang positif dalam jangka masa panjang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas