Berita

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam bagasi

- Diterbit 10 Disember 2024 9:04 PM MYT

MAYAT seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam sebuah bagasi di tepi jalan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 11.45 pagi berhubung penemuan sebuah bagasi yang berbau busuk di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan tersebut.

“Sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Sebuah bagasi berwarna biru ditemui di lokasi, mengandungi mayat seorang lelaki tanpa sebarang pengenalan diri.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, ASP Umesh Ratna Kumar di talian 012-611 4900. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas