KEMBALI hangat menjadi perbualan apabila isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah membidas kenyataan pelakon Sophia Albarakbah yang didakwa menipu mengenai kehadirannya ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.
Menurut pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, nama Sophia yang hadir bagi menemani sepupunya yang juga penyanyi, Aisha Retno tiada dalam senarai tetamu jemputan pada hari konsert tersebut.
“Ya Allah SWT, masih nak menipu dia masih berada dalam dewan selepas Liza Hanim (buat persembahan).
“Seriuslah dia ini. Sudahlah nama tiada dalam senarai tetamu kemudian selepas Aliff habis menyanyi, dia terus bergerak balik,” luahnya dalam InstaStory baru-baru ini.

Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu Tenang itu juga turut menuduh Sophia sebagai individu yang kerap menipu.
“Sudahlah duduk di depan wartawan. Kemudian hendak menipu lagi tetapi tidak hairanlah dia ini sudah biasa menipu dan putar belit,” jelasnya.
Sementara itu, Bella menegaskan teguran itu tidak bermaksud apa-apa, sebaliknya mahu menjadi lebih baik.
“Saya tidak bersaing dengan sesiapa pun dan tiada keinginan untuk terlibat dalam permainan supaya dilihat lebih baik daripada orang lain. Saya hanya cuba untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya. – WILAYAHKU