Berita

Malaysia sambut baik keputusan ICJ

- Diterbit 27 Januari 2024 3:08 PM MYT

KERAJAAN Malaysia menyambut baik keputusan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam yang menetapkan Israel mesti menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut dan kerajaan Malaysia akan terus memantau perkembangan di Gaza.

“Pendirian ICJ, jelas sekali mengutuk serangan terhadap Gaza dan agar bantuan kemanusiaan dapat disegerakan.

“Malaysia akan terus memantau dan melakukan apa sahaja seperti yang disuarakan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikan kepada media selepas merasmikan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara hari ini.

Pada 12 Januari lalu, ICJ membuka perbicaraan kes yang dibawa Afrika Selatan iaitu menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza di mana ia mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Terdahulu, Malaysia menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan harapan agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB.

Selain itu, Malaysia juga menzahirkan gesaan gencatan senjata di wilayah Gaza yang ketika ini diserang oleh zionis turut disuarakan oleh Mohamad. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas