Berita

Malaysia mampu jadi tuan rumah terbaik ASEAN 2025 – PM Anwar

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Kepengerusian ASEAN di Parlimen Malaysia Kuala Lumpur, 11 Julai, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permis
- Diterbit 12 Julai 2024 11:03 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Beliau berkata hasil kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai hos yang cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook dan Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam memaklumkan  tiga tonggak utama digariskan oleh Malaysia sebagai persiapan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 iaitu keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.

Beliau berkata setakat Jun lepas, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun depan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas