Berita

Malaysia kecam segala bentuk kekejaman Israel – Zaliha

- Diterbit 5 Ogos 2024 12:21 PM MYT

MALAYSIA mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk kekejaman serta serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Israel, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Beliau yang menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin malam semalam berkata kehadirannya itu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat di Gaza.

“Berkesempatan mendengar pidato hebat dari pimpinan.

“Himpunan ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, As-Syahid Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaliha lagi semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan Malaysia tetap dengan pendirian untuk menyokong prinsip hak keadilan dan kemanusiaan rakyat Gaza dan Palestin.

Beliau berkata Perdana Menteri turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus membicara, menyokong dan membantu rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun.

Semalam, dilaporkan jumlah kehadiran pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil adalah seramai 15,000 orang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas