Berita

Malaysia gesa semua pihak redakan ketegangan Asia Barat

Foto: Ibrahim Amro/AFP
- Diterbit 2 Oktober 2024 2:11 PM MYT

MALAYSIA menggesa semua pihak di Asia Barat supaya meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan menggugat kestabilan di rantau itu.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kepada pencerobohan dan serangan berterusan rejim zionis di Lubnan, Syria dan Yaman.

Menurut beliau, ia bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat global daripada kekejaman dan tindakan pembunuhan beramai-remai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Ia juga semata-mata untuk memastikan pemimpin mereka (zionis) terus berkuasa dan tidak dipenjarakan.

“Nyawa-nyawa tidak berdosa dikorban demi karier politik seseorang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Sehubungan itu Anwar menggesa masyarakat antarabangsa untuk segera mengekang pusingan tindakan berbahaya itu.

Tambahan pula katanya, Israel mengancam untuk melibatkan lebih banyak pihak dalam konflik tersebut yang sekali gus akan meningkatkan ketidakstabilan dan kerosakan lebih teruk. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas