MALAYSIA secara rasmi diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi.
Menurut kemas kini dari @BRICSInfo di laman X, blok itu menambah 13 negara baharu walaupun belum sebagai ahli penuh.
Selain Malaysia, 12 negara lain adalah Algeria, Belarus, Bolovia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turkiye, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.
Pada 28 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia telah menghantar permohonan kepada Russia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS.
BRICS pada asalnya dianggotai Brazil, Russia, India dan China ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang membangun, dengan Afrika Selatan menyertai pada 2010.
Blok ini telah berkembang dengan penyertaan Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Russia hari ini. – WILAYAHKU