MALAYSIA berada di tempat ketiga destinasi paling popular untuk meraikan Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini yang disenaraikan oleh Platform Pelancongan Digital, Agoda berdasarkan daripada data tempahannya.
Dalam satu kenyataan, Agoda memaklumkan, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas negara Jepun dan Thailand berdasarkan daripada data tempahan melalui aplikasinya.
“Negara Bangkok pula muncul sebagai destinasi bandar antarabangsa yang paling digemari untuk salah satu musim perayaan terbesar di rantau ini pada tahun ini.
“Data tempahan tempahan Agoda pula menunjukkan jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Malaysia adalah dari Singapura, Brunei, China, Indonesia dan Korea Selatan.
“Ia juga menandakan kembalinya negara China sebagai pasaran sumber lima teratas buat kali pertaman sejak 2019,” tulis kenyataan tersebut.
Menariknya, lima destinasi yang paling popular dikunjungi di Malaysia adalah ibu kota Kuala Lumpur di mana bandaraya itu sentiasa menjadi pilihan kegemaran pelancong.
“Bagi para pelancong Malaysia pula, mereka gemar untuk meneroka pelbagai destinasi luar negara antaranya tiga destinasi serangkai di Thailand iaitu Hat Yai, Bangkok dan Krabi di kedudukan tiga teratas selain Bali dan Seoul yang mengekori rapat dalam senarai destinasi pilihan tersebut,” jelas kenyataan itu.
Musim perayaan adalah tempoh yang penting untuk perjalanan di mana sejak tahun 2019, hotel dan pihak berkuasa pelancongan telah mempelbagaikan daya tarikan ke destinasi masing-masing dengan menyediakan perjalanan tanpa visa dan insentif-insentif lain.
“Usaha ini telah menjadikan mereka kurang bergantung kepada satu pasaran sahaja dan lebih menarik kepada pelancong baru. Namun begitu, pengusaha industri pelancongan sudah pastinya tidak sabar untuk mengalu-alukan ketibaan lebih ramai lagi pelancong dari negara China tahun ini,” tulis kenyataan itu.
Sebagai rekod, platform Agoda menawarkan lebih 3.9 juta tempat penginapan, penerbangan dan aktiviti pelancongan serta merupakan platform yang paling ideal untuk memenuhi pelbagai keperluan, percutian sekali gus memberi perjalanan lancar bagi menyambut Tahun Baru Cina khususnya sama ada di dalam atau luar negara. – WILAYAHKU