Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Malaysia berhasrat sertai BRICS – PM Anwar

- Diterbit 18 Jun 2024 1:41 PM MYT

MALAYSIA berhasrat menyertai BRICS dan akan memulakan proses permohonan tidak lama lagi.

Dalam wawancara dengan media China Guancha, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan memulakan prosedur rasmi tidak lama lagi.

“Kami telah menjelaskan dasar kami dan telah membuat keputusan,” katanya.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China.

Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan keahlian BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

“Kami sedang menanti keputusan muktamad serta maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas