MALAYSIA membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di Wilayah Kerman berdekatan Iran semalam.
Menurut Anwar, ia telah merenggut hampir seratus nyawa yang tidak berdosa dan telah mencederakan lebih dua ratus yang lain.
“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu.
“Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat Republik Islam Iran serta warganya dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Anwar, Kerajaan Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan.
“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas serta rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” ujarnya. – WILAYAHKU