Berita

Malaysia akan terus maju dengan keharmonian, kepelbagaian

- Diterbit 17 September 2024 10:26 AM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yakin Malaysia akan terus maju dengan keharmonian dan kepelbagaian.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah malam semalam.

“Di Padang Merdeka ini, 61 tahun yang lalu, dimetrai perjanjian penting penubuhan Persekutuan Malaysia di antara Almarhum Tun Abdul Razak, Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens dan beberapa pemimpin-pemimpin Sabah yang lain,” katanya di Facebook.

Menurut Zaliha, semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyentuh berkenaan keperluan memaknai tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka.

Beliau berkata Jiwa Merdeka bukan hanya sekadar menolak pimpinan Inggeris.

“Tetapi mengganti pimpinan pribumi yang punya jiwa untuk berkhidmat dan membela nasib rakyat.

“Malaysia harus mencatat kemajuan, melihat satu kesatuan dan memahami sejarah yang getir perjuangan kemerdekaan tanah air,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas