PENYANYI dan pelakon kacak Khai Bahar berkongsi bertemu dengan arwah ibunya, Rosnah Mohd, yang hadir dalam mimpinya pada awal pagi Sabtu.
Bagaimanapun, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata arwah seakan berbisik dalam hati memberitahu dirinya bangga anaknya seorang lelaki yang kuat.
“Tadi balik dari kerja sempat tidur. Mimpi mak, dia senyum. Walau dia tak bercakap, dalam hati berkata ‘mak bangga dengan anak mak yang kuat’.
“Lepas ini mungkin kita lama tak jumpa. Dia minta saya terus kuat dan jaga adik-adik” luahnya.
Khai berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Menerusi sebuah lagi hantaran pada entri sama, Khai turut memuat naik gambar arwah ibunya dan berdoa mereka dapat bertemu di syurga.
Sekadar info, arwah ibu Khai menghembuskan nafas terkahir pada 3 Januari tahun lalu ketika usianya 62 tahun.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi beberapa penyakit termasuk masalah buah pinggang. – WILAYAHKU