Berita

Mak Aina Abdul pilih Fattah Amin

- Diterbit 11 November 2024 11:59 AM MYT

SEMAKIN mencurah-curah rezeki pelakon kacak Fattah Amin sejak berstatus duda. Terbaru, Fattah dipilih untuk menjadi hero dalam video muzik lagu Jadi Ajar Aku nyanyian Aina Abdul.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Fattah kerana sudi berkolaborasi.

Apa yang menarik, ibunya merupakan orang pertama yang mendengar lagu terbarunya itu.

“Terima kasih Fattah Amin sudi berkolaborasi dengan Aina untuk muzik video ini. Berdebar juga mula-mula nak cadangkan pada pengurus Fattah. Alhamdulillah dia sudi.

“Mak Aina adalah orang pertama yang dengar lagu ini. Mak cakap panggil la Fattah untuk jadi hero dalam muzik video ini,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, ramai teman artis mengucapkan tahniah seperti Dayang Nurfaizah, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Selain itu, rata-rata peminat teruja dengan kolaborasi antara Aina Abdul dan Fattah Amin dalam lagu Jadi Ajar Aku ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas