TAHNIAH buat komposer dan penyanyi hip-hop popular, Joe Flizzow dan Marini Ramlan yang kini sah sebagai suami isteri pada hari Jumaat (26 Jun 2020).
Menurut Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, perancangan asal mahu bernikah pada April lalu, namun majlis tersebut ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.
Apa yang menarik dan patut dicontohi oleh semua pasangan lain yang mahu mendirikan rumah tangga, majlis pernikahan berlangsung Joe dan Marini tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) demi kebaikan semua.

Pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dengan emas kahwin RM80. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Pasangan pengantin mengenakan busana tenun Pahang berwarna krim.
Foto majlis nikah pasangan bahagia ini turut dikongsi pengantin perempuan menerusi laman instagramnya (ninimarini_).
Fazura, Tiz Zaqyah, Mimi Fly, Anis Nabilah adalah antara selebriti yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen
Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius pada 2016. Pasangan ini bertunang pada 28 Disember tahun lalu.
-Joe yang juga bekas anggota Too Phat popular dengan lagu Apa Khabar dan Havoc.- WILAYAHKU
Foto instagram @ninimarini_ dan @misdeeds