Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Biz

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic: Eskayvie sasar lahirkan 75 ribu pelajar cemerlang melalui Kempen Booster Minda

ESKAYVIE menghargai usaha keras ibu bapa yang komited bagi memastikan kejayaan anak masing-masing dalam majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic yang diadakan di Shah Alam
- Diterbit 24 Jun 2024 9:43 AM MYT

ESKAYVIE, syarikat pengeluar produk kesihatan halal nombor satu di Malaysia, berbangga dengan pencapaian ribuan pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024.

Sebagai tanda penghargaan, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang  SPM Eskayvie Mindtropic diadakan pada 22 Jun 2024 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam untuk bersama-sama meraikan kejayaan para pelajar, selain menyanjung tinggi usaha dan komitmen ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dengan pengambilan vitamin booster minda Eskayvie Mindtropic.

ESKAYVIE menghargai usaha keras ibu bapa yang komited bagi memastikan kejayaan anak masing-masing dalam majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
SEBAHAGIAN pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic dalam satu majlis yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Kriteria pelajar cemerlang Eskayvie Mindtropic yang dipilih adalah berdasarkan dua kategori di mana kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM, kategori kedua adalah pelajar yang mencapai peningkatan gred dalam Peperiksaan SPM berbanding Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas.

Pemilihan ini sejajar dengan usaha Eskayvie yang sentiasa komited dalam membantu meningkatkan tahap keupayaan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

“Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam.

“Bayangkan jika anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda dengan pengambilan nutrisi yang berkesan seperti Phosphatidylserine. Ia adalah nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak akibat stres yang berlebihan.

“Eskayvie menghasilkan vitamin booster minda iaitu Eskayvie Mindtropic, diformulasikan menggunakan Phosphatidylserine yang dapat membantu menaikkan empat paras hormon utama iaitu Serotonin (mengawal mood dan emosi), Dopamine (meningkatkan motivasi dan positiviti), Norepinephrine (meningkatkan fokus dan kewaspadaan) dan Acetylcholine (memperbaiki kognitif dan memori), seterusnya menjadikan pelajar dan murid lebih bersemangat untuk belajar, lebih fokus dan Insya-Allah boleh perform dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

KETUA Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic kepada Batrisyia Mohd Nizam yang mendapat keputusan straight A’s dalam SPM

Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic yang disampaikan ini bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi turut menghargai setiap usaha keras yang dilakukan oleh setiap daripada mereka.

Eskayvie menilai kejayaan bukan sekadar di atas kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi juga menerusi sokongan yang diberikan oleh ibu bapa.

Booster Minda, kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Eskayvie merupakan satu inisiatif hebat bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menerusi Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior.

DUTA Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi menemuramah Siti Firzanah Mohd Shahrul Hafiz dan Moses Tariq Huzaimi Nor, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang straight A’s dalam SPM 2023/2024.

Kempen ini menawarkan sokongan komprehensif menerusi tiga inisiatif utama iaitu yang pertama, pengambilan nutrisi yang seimbang bagi menyokong fungsi kognitif, yang kedua menyediakan sokongan pembelajaran dan yang  ketiga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak yang lebih positif.

“Sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati melihat anak-anak kita struggle. Melalui inisiatif yang  telah disusun oleh Eskayvie, kita akan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

“Alhamdulillah Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior adalah solusi kepada kegusaran ibu bapa dan bantuan kepada murid dan pelajar untuk perkembangan minda mereka.

“Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, kami mensasarkan untuk lahirkan 75 ribu pelajar cemerlang.

“Insya-Allah lebih ramai masyarakat akan didedahkan tentang kepentingan pengambilan nutrisi melalui program kesedaran, pendidikan dan seminar-seminar yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

“Saya berbangga dengan ibu bapa yang berikhtiar dengan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior untuk menyokong pembelajaran anakanak mereka,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.

Semua pelajar yang dijemput hadir untuk menerima penghargaan ini datang dari seluruh Malaysia dan mempunyai latar belakang hidup yang berbeza-beza.

Tiada diskriminasi dalam pendidikan, Eskayvie optimis bahawa tahap kecerdasan minda pelajar sentiasa dapat ditingkatkan dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic yang mengandungi bahan nootropik (penggalak minda) dan bahan adaptogen (mengawal stres) seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66®, Bacopa monnieri, Selenium dan Magnesium.

Nutrisi hebat ini membantu dalam menguatkan memori yang tajam serta meningkatkan kapasiti minda yang lebih besar dan hebat Majlis anugerah diserikan dengan kehadiran CEO Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Bagi mendapatkan produk keluaran Eskayvie dan maklumat lanjut tentang EskayviebMindtropic, sila layari boosterminda.com – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas