Berita

MAIWP terus laksana proses pemutihan pastikan bantuan diterima golongan layak

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 27 Januari 2024 1:45 PM MYT

PROSES pemutihan akan terus dilaksanakan bagi memastikan bantuan zakat bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hanya disalurkan kepada individu selayaknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaanย kepada pihak sepatutnya.

โ€œKalau ikutkan MAIWP, proses pemutihan ini dilakukan secara berterusan, cuma arahan Kabinet berdasarkan program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah arahkan agar proses pemutihan ini dilaksanakan oleh semua institusi zakat.

โ€œJadi berdasarkan arahan ini, MAIWP pula akan segerakan proses pemutihan yang sedang kita laksanakan, dengan adanya pemutihan ini bantuan dapat diberikan kepada mereka yang selayaknya,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Asnaf Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans Kepadaย Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi memastikan kebajikanย golongan asnaf khususnya yang berada di bandar mendepani cabaran kos sara hidup yang mencabar ketika ini, MAIWP akan meningkatkan kadar bantuan bulanan yang akan diumumkan Jun depan.

โ€œMAIWP sebelum ini telah menjalankan semakan semula terhadap kadar zakat yang diberikan dan kita juga sudah naikkan kadarnya, tetapi Jun depan kadar yang baharu akan diumumkan,โ€ katanya.

Mengenai Ziarah Asnaf, Mohd Na’im berkata program itu akan dilaksanakan setiap bulan bagi memberi peluang kepadanya untuk menyantuni asnaf penerima bantuan MAIWP serta memastikan kebajikan dan keperluan golongan berkenaanย terjaga.

โ€œMelalui program turun padang seperti ini, kita dapat jumpa golongan susah yang diuji Allah SWT dengan ujian kesihatan, kewangan dan sebagainya. Selain memberikan motivasi kepada mereka, saya turut berpeluang mendoakan mereka disamping memaklumkan mengenai bantuan-bantuan baharu yang ada.

โ€œContohnya seorang daripadaย asnaf yang kita santuni tadi, dia tidak tahu pun mengenai e-dompet RM300 yang diberikan MAIWP. Dalam ziarah hari ini juga, kita akan minta pegawai pusat kesihatan berdekatan untuk lawat ke rumah seorang daripada asnaf dan berikan surat perubatan berkaitan keadaan anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU),โ€ katanya.

Ziarah Asnaf hari ini membabitkanย tiga rumah di Perumahan Awam Seri Selangor dengan menyantuni Mohamad Fazlim Shaโ€™ri, Jamsiah Mohd Said dan Mohamad Fadli Dahalim.

Dalam pada itu, Mohd Naโ€™im berkata MAIWP setakat ini telah menyalurkan RM620,000 kepada Pertubuhan Kumpulan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S) melalui Bantuan Penubuhan Pusat Fisioterapi MAIWP bagi membolehkan golongan asnaf dan B40 yang terlibat kemalangan atau selepas menjalani pembedahan mendapatkan rawatan fisioterapi percuma. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas