Berita

MAIWP rai 17 keluarga asnaf beli pakaian raya

- Diterbit 18 April 2023 1:14 AM MYT

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan 100 penerima membabitkan 17 keluarga asnaf melalui Program Rahmah Ramadan MAIWP “Sinar Aidilfitri” pembelian baju raya di pasar raya di sini, baru-baru ini.

Pengurusnya, Md Fadli Md Saad berkata kesemua penerima melibatkan 17 buah keluarga asnaf dipilih daripada kalangan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP melibatkan peruntukan sebanyak RM30,000.

“Seramai 100 golongan asnaf terpilih daripada 17 buah keluarga telah di bawa ke sebuah pasaraya untuk memilih sendiri pakaian keperluan raya bernilai RM300 setiap seorang.

“Setiap seorang diperuntukan sebanyak RM300.00 sumbangan Wakalah (RM200) dan MAIWP (RM100)  untuk membeli kelangkapan pakaian raya” katanya kepada pemberita pada program tersebut di sebuah pasaraya di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Radzaleih Matusin, Timbalan Pengurus Pengurusan MAIWP Labuan, Mohamad Ruzaimi Ibrahim. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas