Berita

Lirik lagu APT bawa maksud tidak baik, PHM minta ibu bapa dan masyarakat hati-hati

- Diterbit 25 Oktober 2024 11:38 AM MYT

PUBLIC Health Malaysia (PHM) menerusi akaun facebooknya menggesa ibu bapa, pendidik dan masyarakat agar peka terhadap lagu yang sedang popular APT nyanyian Rosé & Bruno Mars.

Menurut PHM lagu APT kini semakin popular dan sering digunakan sebagai muzik latar di media sosial tetapi ia sebenarnya mengandungi lirik tidak baik.

“Penggunaan istilah APT atau apartment sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai budaya timur.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu itu sering digunakan sebagai muzik latar dalam video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari.

“Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.

“Jadi sebagai ibu bapa, pendidik dan masyarkat kita harus lebih berhati-hati dan peka terhadap pengaruh budaya barat yang semakin diterima tanpa tapisan,” ujar PHM

Tinjaun di platform X mendapati, lagu itu mencatat penstriman tertinggi di Malaysia dengan catatatan 518, 372 dalam satu hari.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas