Oleh SYUQQREE DAIN, Video oleh HASIF HALIMI
KONVENSYEN Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) 2024 yang berlangsung pada Sabtu lalu mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada penggiat seni malah pengunjung juga tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti menarik.
Objektif utama program yang julung kali diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) adalah untuk menyebarkan fungsi-fungsi persatuan yang bernaung di bawah FINAS.
Sesi Dialog Industri Kreatif Finas – FDAM membuka tirai konvensyen dengan menampilkan Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki Aksan; Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin serta Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkongsi hala tuju FDAM bersama pengunjung yang hadir.
Selain itu, pelbagai acara turut diadakan antaranya sesi business matching, masterclass, apresiasi filem serta wayang pacak LED.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang melawat studio penataan bunyi serta beramah mesra dengan pengunjung yang mencuba nasib pada sesi uji bakat lakonan terbuka. – WILAYAHKU
Lensa: