SEORANG lelaki dikaitkan dengan Kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Putrajaya pagi ini.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pertuduhan terhadap individu berkenaan dijangka dilakukan pada jam 8 pagi.
“Kes pertuduhan terhadap seorang lelaki dari Kumpulan GISBH dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas.
Sebelum ini polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.
Susulan itu seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.
Berdasarkan maklumat serta siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain, termasuk kesalahan seksual. – Metra Syahril/WILAYAHKU