KECOH dalam media sosial, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dikatakan mempunyai Kekasih baharu yang cantik.
Ini berikutan tularnya video memaparkan Syamsul menyambut sambutan hari lahir bersama wanita cantik di platform TikTok.
Dapat dilihat dalam video pendek yang tular itu, kelihatan Syamsul segak memakai kemeja bercorak sedang meraikan sebuah acara di kediaman mewah bersama rakan-rakannya.
Memang banyak gambar Syamsul bersama rakan-rakan ya itu namun apa yang menjadi perhatian adalah wanita cantik free hair yang bergambar di sisi Syamsul. Ada juga gambar mereka berdua.
Rata-rata netizen menyokong dan mendoakan agar Syamsul dan wanita itu bertemu jodoh.
“Waahhh cantiklah dia ni. Cerah ya kulitnya. Kuat aura dia. Alhamdulillah jodoh yang sesuai. Tak apa, lelaki kan boleh kahwin empat,” komen seorang pengguna media sosial.
“Ok approved Sol. Kami sokong movie kamu balik,” tulis netizen.
“Approve. Kami persatuan netizen Malaysia sebulat suara menyokong kejadian alam ini. Kemonn Sol,” kata seorang warganet.
Sementara itu, bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana ketika ditemui media mengaku tidak tahu siapa wanita itu dan enggan masuk campur kerana itu hal peribadi Syamsul.
Bagi Sarah, Syamsul menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anaknya. Selebihnya, terpulang kepada Syamsul. – WILAYAHKU