Berita

Legenda bola sepak Rahim Abdullah meninggal dunia

- Diterbit 25 Mac 2025 12:30 PM MYT

MALAYSIA kehilangan seorang lagi legenda bola sepak, Rahim Abdullah, 77,  yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Pemergian Allahyarham yang pernah bergelar jurulatih kebangsaan pada tahun 1991 itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.

Allahyarham dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 1947 juga seorang bekas pegawai polis dan pernah mewakili negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Pestabola Merdeka, Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan dan Kejohanan Ulang Tahun Jakarta.

Kemuncak kariernya adalah ketika mewakili negara pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Bukit Aman di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas