Berita

Lebih 5,000 penyokong Harimau Malaya banjiri Dataran Putrajaya

KAMIL (tengah) bersama penyokong Harimau Malaya menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Tajikistan baru-baru ini.
- Diterbit 26 Oktober 2023 9:50 PM MYT

Oleh SABRINA SABRE

KIRA-KIRA 5,000 orang penyokong setia Harimau Malaya membanjiri Dataran Putrajaya, Presint 3 bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Tajikistan baru-baru ini bersempena Pestabola Merdeka 2023.

Dataran Putrajaya menjadi lokasi utama bagi tayangan skrin besar dan program santai anak muda anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lebih menarik, program anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Putrajaya (Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu turut mengadakan aktiviti bersama peminat pasukan kebangsaan antaranya Kuiz Pestabola Merdeka dan cabutan bertuah.

Majlis penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim.

Turut hadir Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim; Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan KBS, Sabran Abdul Bahar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Sukan dan Komuniti Perbadanan Putrajaya, Muhamad Zaidi Abdul Wahab.

Bagi menghidupkan lagi Putrajaya sebagai destinasi wajib dilawati, pelbagai program anjuran MPPWP Sub Zon 5 Putrajaya bakal diadakan antaranya Hari Komuniti Kejiranan P14D, Hari Kesedaran Penyakit Tidak Berjangkit Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14, Archery War Sub-Zon 5, Solat Hajat SPM 2023 dan Perkhemahan Kokurikulum Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14(1). – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas