Berita

Lebih 110,000 murid bukan Bumiputera bersekolah di Sekolah Kebangsaan, 85,543 murid Bumiputera di SJK

KPM diharapkan agar memberi keutamaan kepada graduan pendidikan yang masih tidak mendapat penempatan dan layak berdasarkan opsyen mata pelajaran masing-masing. Foto - Peraktoday
- Diterbit 21 Mac 2025 10:01 AM MYT

SERAMAI 114,657 murid bukan bumiputera bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), manakala 85,543 murid bumiputera mengikuti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang merangkumi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), menurut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga 31 Januari 2025.

KPM berkata, meskipun majoriti murid bumiputera memilih SK sebagai pilihan utama, data menunjukkan penyertaan mereka di sekolah vernakular terus meningkat, terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar.

“Usaha berterusan akan dilakukan bagi memastikan semua sekolah, sama ada kebangsaan atau vernakular, terus menawarkan pendidikan berkualiti tinggi dan menjadi platform memperkukuh perpaduan nasional,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Sementara itu, menurut KPM, penyertaan murid bukan bumiputera di SK kekal signifikan, dengan faktor seperti pendekatan pembelajaran yang lebih inklusif, kemudahan prasarana, serta kualiti pengajaran menjadi antara faktor tarikan.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas