Berita

Lebih 1.5 juta jemaah Haji tiba di Tanah Suci

Kredit: AP/Rafiq Maqbool
- Diterbit 12 Jun 2024 5:26 PM MYT

Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi mengumumkan pada Selasa bahawa seramai 1,547,295 jemaah telah tiba di Tanah Suci bagi musim Haji tahun ini.

Angka terbabit merangkumi semua jemaah yang memasuki negara itu melalui jalan udara, darat dan laut setakat 10 Jun (Isnin), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Seramai 1,483,312 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 59,273 jemaah tiba melalui jalan darat, dan pelabuhan laut menerima sejumlah 4,710 jemaah. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas