MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata Le Tour De Langkawi 2024 merupakan satu platform untuk mempromosikan keindahan alam dan budaya Malaysia.
Beliau berkata ini juga adalah dalam usaha memajukan sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur.
“Sejak dilancarkan pada tahun 1996, acara ini telah menjadi salah satu kejohanan basikal paling berprestij di Asia dan seterusnya menarik pasukan tempatan serta penunggang terkemuka antarabangsa,” katanya di Facebook.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke majlis flag-off Le Tour De Langkawi 2024 (LTdL 2024) di Menara Kembar Petronas (KLCC).
Menurut Zaliha, zempena tema LTdL 2024 iaitu ‘Beat the Heat’, Kementerian Belia dan Sukan menyokong Agenda Nasional penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025.
Beliau berkata ini bertujuan untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau di atmosfera yang dapat mengurangkan kesan perubahan iklim.
“Seramai 104 peserta dari 30 buah negara bakal bersaing bermula dari Kuala Lumpur sehingga ke Melaka di Stage 5.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pemenang-pemenang Stage 4 yang telah mengharungi race route dari Kuala Kubu Bharu sehingga Bentong.
“Ayuh team Malaysia, kita pasti juara,” katanya. – WILAYAHKU