LAWATAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangladesh bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pelaburan.
Beliau berkata selain itu kerjasama di pelbagai lapangan lain juga menjadi kepentingan bersama.
Lawatan itu bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
Menurut Anwar selepas pertemuan dengan TYT Profesor Muhammad Yunus, beliau kemudian bergerak ke Istana Presiden (Bangabhaban) bagi melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Rakyat Bangladesh TYT Mohammed Shahabuddin.
Sebelum itu, perdana menteri itu berkata beliau memulakan acara rasmi semalam dengan mengadakan pertemuan bersama Muhammad Yunus di Dhaka.
“Kami menekuni beberapa isu penting terutamanya aspek peningkatan kerjasama perdagangan dan pelaburan.
“Ini termasuk telekomunikasi, perjanjian bebas dagang (FTA), tenaga buruh, pelarian Rohingya, pendidikan tinggi, pensijilan halal, selain pembantaian di Gaza dan Lubnan yang berterusan,” katanya di Facebook.
Anwar juga berkata delegasi Malaysia seterusnya ke majlis minum petang yang dihoskan oleh pihak kerajaan interim sebelum beliau dan Muhammad Yunus kemudiannya mengadakan sidang media bersama. – WILAYAHKU