PIHAK Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang memberi makanan kepada burung merpati di seluruh kawasan pusat pentadbiran negara itu.
Menurut Presiden PPj, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud, pelaksanaan kempen tersebut diadakan kerana peningkatan aduan kacau ganggu burung merpati serta mengakibatkan kawasan tersebut menjadi kotor dan tidak bersih.
“Pihak PPj akan mengambil tindakan tegas terhadap orang awam di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) sekiranya didapati memberi makanan atau memelihara burung merpati sehingga mendatangkan kacau ganggu penduduk setempat.
“Ini kerana perbuatan tersebut telah menjejaskan kebersihan serta menjatuhkan imej Putrajaya sekiranya tanpa tindakan penguatkuasaan dan kawalan sewajarnya.
“Justeru itu, pihak PPj akan sentiasa memastikan kebersihan di Putrajaya dalam keadaan baik dan terkawal,” tegasnya. – WILAYAHKU