Berita

Lagi kejadian pokok tumbang Desa Pandan malam tadi

Foto: DBKL
- Diterbit 18 November 2024 12:37 PM MYT

INSIDEN pokok tumbang ekoran hujan lebat sekali lagi berlaku di Desa Pandan malam tadi di Jalan 1/76C, Desa Pandan, di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dalam kenyataan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pokok yang berada dalam kawasan komersial tersebut tumbang mengakibatkan jalan di kawasan tersebut ditutup sementara.

“Petugas DBKL bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur telah berada di lapangan bagi melakukan kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan kawasan terlibat serta mengawal aliran trafik di lokasi kejadian, ” katanya dalam kenyataan hari ini. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas