Berita

Labuan capai liputan internet 100 peratus dan 5G hujung tahun ini

ALYAS (dua kiri) bersama wakil Pusat Pungutan Zakat menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada asnaf baru-baru ini.
- Diterbit 16 Jun 2023 6:40 AM MYT

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan Labuan bakal mencapai liputan internet 100 peratus dan 5G menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Pejabat SKMM Wilayah Persekutuan, Alyas Roy Amir berkata pihaknya komited untuk berusaha meningkatkan liputan rangkaian internet di pulau itu meskipun ia agak terkebelakang berbanding dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

โ€œKita mensasarkan untuk memastikan Labuan mencapai 100 peratus liputan internet menjelang akhir tahun ini.

โ€œPerbincangan bersama pemberi perkhidmatan juga telah diadakan bagi membincangkan strategi membawa rangkaian 5G ke Labuan dan beberapa infrastruktur berkaitan juga sedang didirikan.

โ€œSaya ingin sasarkan hujung tahun ini semua rakyat Labuan boleh menikmati liputan 5G,โ€ katanya semasa merasmikan Program Jom Bijak Internet di Kampung Bukit Kuda, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, beliau berkata pelaksanaan program merupakan salah satu inisiatif kepada masyarakat khususnya kanak-kanak dan ibu bapa dalam menghadapi cabaran jenayah siber pada masa ini.

โ€œProgram ini membudayakan penggunaan internet secara positif dan menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dan berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.

โ€œDengan program ini, SKMM turut berharap dapat melahirkan pengguna yang literasi terhadap teknologi, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

โ€œSelain itu, ia dapat memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna menggunakan internet,โ€ kata beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas