Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

KUSKOP pantau terperinci pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel

- Diterbit 27 Jun 2024 11:13 AM MYT

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memantau secara terperinci perkembangan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel kepada industri perniagaan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata pemantauan tersebut turut mengambil kira maklum balas daripada pihak industri mengenai kesan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan sejak 10 Jun lepas.

“KUSKOP sentiasa membuka ruang untuk menerima pandangan dan cadangan daripada pemain industri selain boleh mengemukakan perkara tersebut secara bertulis kepada KUSKOP untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) di sini hari ini.

Katanya beliau sedia maklum mengenai keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini mempunyai kesan terhadap rantaian bekalan dalam negara.

Di bawah pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, kerajaan telah memperkenalkan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).

BUDI MADANI memperkenalkan kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) membabitkan 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan serta bantuan subsidi tunai RM200 sebulan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas