Berita

Kursus asas penanaman cendawan tambah pendapatan warga Sekijang

- Diterbit 15 Disember 2024 4:57 PM MYT

KURSUS asas penanaman cendawan buka ruang potensi tambah pendapatan warga Parlimen Sekijang, kata Ahli Parlimen Sekijang, Zaliha Mustafa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata penganjuran program itu yang dibuat Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Sekijang adalah hasil kerjasama strategik bersama-sama Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).

Menurut seramai 30 orang peserta hadir ke kursus tersebut.

“Dalam kursus tersebut, peserta didedahkan dengan teknik asas penanaman cendawan di mana ia merupakan satu bidang yang mempunyai potensi besar dalam menjana pendapatan tambahan buat penduduk di Parlimen Sekijang,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Zaliha berharap inisiatif program itu memberikan lebih banyak peluang kepada warga Parlimen Sekijang untuk menambahkan pendapatan mereka.

“Insya-Allah, saya akan terus komited membantu warga Parlimen Sekijang,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas