Berita

Kunjungan Indonesia ke IDB

TAKLIMAT ringkas kepada delegasi ketika lawatan ke SDG Centre Kuala Lumpur.
- Diterbit 13 September 2024 10:40 AM MYT

DELEGASI Kabupaten Tangerang, Republik Indonesia telah mengadakan satu lawatan teknikal ke Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) baru-baru ini.

Lawatan teknikal tersebut bertujuan untuk membincangkan mengenai program penempatan pegawai perbandaran tersebut ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Delegasi seramai lima orang tersebut telah diketuai oleh Sekretaris Badan Pada Badan Perencanaan Pembangunan Daerah, Erwin Mawandy dan telah disambut oleh Pengetua IDB, Khairul Azmir Ahmad.

Mereka juga turut dibawa melawat ke SDG Centre Kuala Lumpur di Perpustakaan Kuala Lumpur dan ESG Centre Kuala Lumpur di Menara TRX. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas