Berita

KSN tumpu lima Bidang Keberhasilan Reformasi dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam

Foto: BERNAMA
- Diterbit 10 September 2024 7:17 PM MYT

KETUA Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan menumpukan lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) yang diperkukuh dengan 20 strategi dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam digagaskan beliau.

Lima BKR itu ialah Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan, dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.

Shamsul Azri semasa berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN di sini hari ini berkata sebahagian besar BKR itu adalah bersifat low hanging fruits atau sesuatu yang mudah dicapai dan ada juga memerlukan pelaksanaan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Justeru, beliau berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan Associated and Integrated Strategy dalam usaha merealisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

Associated ini menekankan konsep whole-of-nation (keseluruhan negara) melibatkan sektor swasta dan Integrated pula ialah konsep whole-of government (keseluruhan kerajaan) membabitkan integrasi antara jabatan kerajaan,” katanya. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas